create your own banner at mybannermaker.com!

Friday 27 January 2012

diskriminasi ke atas kebaikan dan manusia bertopengkan zionis!!

kadang aq terpikir..kenape kite perlu berdiskriminasi atas seseorang walaupun orang itu sendiri melakukan kebaikan??
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
dalam hidup kite nie, kite macam2 ragam orang..ade yang perangai seperti malaikat..ade jgak spesis setan tersesat kat bumi..nak x nak, kite jumpe semue perangai tue kat dunia..memang tak boleh lari dari perkara tu semua..



sometimes kite akan berjumpa ngan orang yang kite kurang suka, maybe kite x suke perangainya, maybe kite x suke penampilannye atau kite memang tidak menyukai seseorang itu tanpa sebab2 yang munasabah..
itu atas hak kite sebagai seorang insan untuk membenci atau menyukai seseorang itu, tetapi kite tidak boleh sewenang wenangnye melabelkan seseorang itu baik atau buruk..kite tidak tahu martabat atau darjat dia disisi tuhan itu camne..hanya Allah saje yang tau..

okeh, berbalik dengan tajuk di atas..ape kaitannya dua perkara yang sebutkan?? ape kaitan diskriminasi ke atas kebaikan dengan manusia bertopengkan zionis??

okeh, camni..kadang2 bile kite dah labelkan orang sebagai "jahat" dan sewaktu dengannya..kite akan berfikir segala ape yang dilakukan oleh orang tersebut sangatlah tidak menyenangkan bagi kita..dan malangnya sekali bagi kita apabila  kita menganggap perkara yang BAIK yang dilakukan oleh insan tersebut merupakan perkara yang BURUK bagi kita..

jika ini berlaku, TOLONG BERHENTI!!

anda sebenarnye menidakkan kebaikan walaupun ianya memberikan faedah kepada kita dan MALANGNYA lagi, anda bertindak seperti seorang ZIONIS!!



kalau anda perasan ( x payah perasan, memang fakta pon ) zionis selalu bertindak menidakkan segala usaha damai yang menjurus ke arah pembaikan hubungan antara Palestin dan Israel. segala usaha perdamaian ditolak sebulat bulatnya dan hingga hari ini kancah pertelingkahan antara dua negara tersebut masih belum menemui titik tamatnya. Zionis terus dan terus menghalang segala usaha baik dilakukan oleh Palestin dan malahan negara lain ( ingat lagi insiden Marvi Marmara?? ) dan dengan jelasnya, zionis MENIDAKKAN KEBAIKAN!!  mereka anti kebaikan walaupun kepada mereka sendiri!!



apa yang saya cuba buktikan di sini adalah janganlah bersifat pesimis, bersangka buruk dengan orang yang kita tidak suka atau benci, kalau mereka menganjurkan kebaikan dan ternyata ianya baik untuk diri mereka dan diri kita sendiri, jangan cuba untuk menidakkan usaha mereka untuk berbuat baik. jika anda berbuat yang sebaliknya, anda bersifat seperti zionis yang menolak kebaikan.

satu lagi senario dalam kehidupan kita hari ini ialah kebanyakan kembali melakukan jenayah yang mereka lakukan dahulu. apa puncanya?? ada daripada mereka telah pun bertaubat dan berazam tidak mengulanginya. mereka mahu kembali berfungsi dan memain peranan dalam kehidupan bermasyarakat kita. malang sekali ada di antara kite terus melabelkan mereka " banduan " atau " jahat " walaupun mereka melakukan kebaikan dan membuat kebajikan. bekas banduan terus dicemuh dan hidup tertekan. akhirnya mereka kembali melakukan perkara yang salah dan mengulangi jenayah kerana  masyarakat sekeliling MENIDAKKAN kebaikan mereka....



cube fahami situasi ini : anda melakukan sesuatu yang baik tetapi orang mencemuh anda kerana melakukan kebaikan. perasaan anda?? pikir2kanlah...

cukuplah setakat disini dahulu..hehe..nk berceloteh panjang sangat x larat nk taip..
konklusinya : if a person does wrong, don't hate the person, hate what they done wrong..
                    judge the people of what they are doing, not who they are....

No comments:

Post a Comment