create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label untuk ilmu bersama... Show all posts
Showing posts with label untuk ilmu bersama... Show all posts

Monday, 23 January 2012

PERKARA YANG DISARANKAN!!!




PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan
badan
1. makan daging
2. memakai haruman
... 3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan
badan
1. banyak berkelamin
(bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika
makan
4. banyak makan bahan yang
masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan
fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir
tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI
IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat
malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG
HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang
banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti
tidurnya ahli neraka.

Wednesday, 9 November 2011

doa untuk keselamatan harta benda ketika meninggalkannya..

"Aku tinggalkan kepada Allah harta dan keluargaku"

Kita amalkanlah mana yang kita mampu lakukan. Sebelum2 ini ada disertakan pelbagai cara seperti doa dan surah Yaasin untuk pendinding diri dan rumah. Tetapi yang ini doa yang ringkas dan mudah untuk di hafal serta selamat dengan izin-Nya... 

Saturday, 29 October 2011

duduk antara 2 sujud - ringkas tapi bermakna...

mungkin kite sedia tahu 
duduk antara sujud merupakan salah satu rukun dalam solat
disertakan dengan tama'ninah ( berhenti seketika )
bacaan zikirnya pula hanya disunatkan..

namun..
ramai yang tidak mempedulikan bacaan zikir tersebut
segelintir daripada kite hanya berhenti seketika tanpa membaca zikir ..
mungkin untuk mempercepatkan masa solat..
mengejar urusan dunia yang lain..

tahukah korang bahawa bacaan yang x sampai  seminit itu mempunyai makna yang indah..
ia bagaikan doa untuk kita seharian..
apa kata kite berhenti sebentar dalam duduk antara due sujud dan membaca zikir yang membawa maksud: 
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


maknenye cukup simple tetapi menyelaputi segale aspek dalam hidup kite..
renung2kan dan selamat beramal =)

Monday, 17 October 2011

Doa tatkala terlalu sedih...

"Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau"


Friday, 14 October 2011

solat selepas haid!!


SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

bahaya tidur lepas subuh!!




Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

3. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.


4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

5. Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.

Thursday, 6 October 2011

wahai lelaki!

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿

Tuesday, 4 October 2011

Highly unstable element in the world!!! -EMOTION-

u
pendahuluan: manusia seperti gabungan chemical yang membentuk dan membolehkan manusia itu berfungsi

terdiri daripada pelbagai element…dan…
hasil dapatan mendapati bahawa mereka membawa atau mengandungi element yang paling bahaya kat dunia

element tersebut tiada dalam periodic table kimia kite seperti magnesium atau sebagainye..
tetapi element tersebut terdapat di dalam semua manusia
tidak kire tue dan muda
miskin atau kaya
sihat atau sakit…
semuenye ade dan element tersebut telah dinamakan sebagai…
EMOSI!!!
sume manusia ade emosi..
dan sub-element tersebut adalah…
suka…
cinta..
marah..
kecewa…
sedih..

sume sub-element ini boleh didapati di dalam hidupan bernama manusia
bagaimana saya katekan emosi adalah element adalah paling berbahaya di dunia..
kenapa tidak plutonium yang memberi radiasi??
ia bergantung kepada kite sendiri bagaimana kite handle…
marah-xperlu lah kite marah berlebihan kerana akhirnya ia akan memakan diri.. ketepikan marah dan cube selesaikan masalah dengan baik. tidak perlu terus marah kerana ia tidak akan menyelesaikan ape2. jika ada tidak puas hati, berterus terang dengan insan tersebut..dengan cara yang baik. tolak ketepi ego dan buka fikiran anda..jika anda tidak berterus terang maka anda tidak menyelesaikan ape2 malah membuatkan masalah semakin memuncak..INGAT!! marah adalah permainan syaitan untuk melaga lagakan manusia!
cinta-sub element yang sangat indah. ia menghubungkan manusia dengan manusia yang lain. manusia yang mengandungi sub-element ini selalunya hidupnya akan menjadi indah kerana hubungannya dengan orng lain yang istimewa tidak kira keluarganya ataupun kekasihnya dan siapa jua yang die sayangi..alangkah indahnya jika sub-element ini dapat disebarkan ke seluruh dunia tidak kira kaum agama atau bangsa..tiada lagi peperangan..tiada lagi permusuhan..tiada lagi konflik..sume insan di dunia berkasih sayang antara satu same lain..tetapi keadaan ini tidak selalunya indah kerana dicemari oleh BENCI!!
benci-manusia memutuskan hubungan sesame lain kerananye, manusia hina menghina kerananya, manusia BERBUNUHAN kerananye..sifat yang diwarisi dari sang durjana syaitan ini menular ke dalam setiap manusia tatkala konflik melanda..dari benci bertukar dendam, dari dendam bertukar khianat, dari khianat bertukar pembunuhan, penipuan dan penindasan semata mata..seharusnye kite berdoa agar tidak memiliki sifat ini kerana ianya ibu segala konflik di atas muke bumi…
untuk “meneutral”kan sifat kebencian supaya ianya “dilute”…kite memerlukan “solvent” yang paling berkesan: toleransi dan persefahaman yang jitu..x perlu lagi berbalah, xperlu lagi benci membenci..hanya dengan due ” solvent ” ini dapat mencairkan keegoan dan segala konflik yang ada..dengan tolak ansur dan persefahaman sajalah caranya dapat kite menyelesaikan segala permasalahan kite di muke bumi..bukan dengan cara benci membenci kerana ia memarakkan api kemarahan…gunekan emosi anda sebaiknye...

renung2kan…
hasil nukilan taufiq sendiri…..hehehe

Monday, 26 September 2011

sunyi:jawapannya ada pada kita??

Perlu ke kite rase sunyi???
jawapannye: bergantung kepada diri sendiri..kadang2 kite perlu bersendiri..
tapi kenape??
waktu kite bersendiri itulah kite kenal diri kite masing2..kenal dengan lebih mendalam..lebih rapat dengan diri kite..kite belajar dari kite sendiri..
kite tanye diri kite : "aku nie camne orgnye??" "ape owg pikir pasal aq??" "aq nie anak yang baik ke??"

sume jawapan ade dengan kite..time bersendiri jugelah kite tahu sejauh mane kekuatan kite..
adakah kite jenis yang mampu bertahan seorang apebile ditimpe musibah??
adakah kite dapat cari jalan keluar dari masalah yang kite hadapi bersendirian??
sekali lagi..
jawapan ada pada dri anda sendiri...

tapi kite perlu berpada..
kdang2 tak semestinya kite mahu bersendiri
kite menyisihkan owg len
hidup dalam dunia sendiri..
TIDAK!
jgan sekali kali cipta dunia anda sendiri..
kite bekongsi dunia dengan owg len..
kite ade kawan, sahabat, keluarga dan len2..
sume duduk dibawah bumbung langit ciptaan Allah..
berhubunglah sesame sendiri..
dengan ini, anda akan juga turut mengenali owg di sekeliling kamu..
dan diri kamu juga..

sunyi kadang2 memberi kite ketenangan
kdang2 memberikan kite kesengsaraan..
ade manusia x sanggup sunyi walau sedetik waktu
ade manusia sanggup sunyi sementara mengenali diri sendiri..
lain perwatakan
lain sifat
lain cara mengendalikan rase sunyi..
kenapa saye katekan begitu??
sekali lagi..jawapan ade pada diri sendiri..



sunyi itu sebenarnye suatu nikmat pemberian Allah..
gunakannye sebaiknya untuk kite lebih mengenali diri kite dan yang paling penting..
mengenali DIA pencipta semesta alam..


Thursday, 22 September 2011

Mari Review Puase Kite!!

sedar x sedar kite telah pon selamat menjalani ibadah puase ketika bulan ramadhan yang penuh barakah 
namun  adakah anda terpikir bahawa puase anda betul2 sempurna??
cube renungkan kembali segala perlakuan kite tatkala menjalani ibadah puase..
adakah betul2 mengikuti sunnah2 yang ditetapkan??
adakah kite betul2 menghayati erti puase tersebut??
atau hanya sekadar berlapar di siang hari..video ini dikongsi untuk renungan semua...
moga ramadhan akan datang diberkati...
( video nie kalu paham betul2 lawak kot! =) 


harap sambil berhibur kite dapat ilmu bersame ...layann!


sebuah cerita unik dikongsi bersama.........

Sebuah cerita yang menarik.. Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.



Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan! Sang pendeta pun mulai bertanya, "
  1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
  2. dua yang tiada tiganya,
  3. tiga yang tiada empatnya,
  4. empat yang tiada limanya,
  5. lima yang tiada enamnya,
  6. enam yang tiada tujuhnya,
  7. tujuh yang tiada delapannya,
  8. delapan yang tiada sembilannya,
  9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
  10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
  11. sebelas yang tiada dua belasnya,
  12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
  13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
  14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
  15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
  16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
  17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
  18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
  19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
  20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
  21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
  22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"


pening jugak soalannya!

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah ia berkata,
  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
  2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
  8. Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. Dan bukti-bukti itu ialah angin taufan, belalang, kutu, katak, darah, tongkat, tangan, belah laut, memayungi mereka dengan awan, al-man, al-salwa, batu hingga yang lain daripada tanda kekuasaan Allah yang mereka saksikannya.
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta.

Pemuda ini berkata,
"Apakah kunci surga itu?"



Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah:

Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.