Saturday, 3 November 2012

Kisah Kelisa, Evo & Porsche




Pada suatu
malam yang hening dan sunyi di
lebuhraya utara selatan (PLUS
highway) kelihatan sebuah Kelisa putih
tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada
orang tua yang berdiri disebelahnya,
pemilik Kelisa tu sedang berjalan
kehulu kehilir cuba menahan kereta
supaya membantu tetapi tidak ada
sebuah kereta pun berhenti.


Tiba- tiba
datang lah sebuah kereta Mitsubishi
Evo 7 berhenti di sebelah Kelisa tadi.
“Ada apa nie pakcik,kereta rosak
ke?”tanya mamat Evo 7 berusia dalam
lingkungan 20an. “A’ha rosak “jawab
pakcik tu simple je…. “Ok, cam nie, saya
ada tali nanti saya ikat kat kereta saya
dan saya tarik kereta pakcik sampai
tol”mamat nie bagi idea. “canteek gak
tu…” tapi….nanti kalau pakcik rasa
awak bawak laju pakcik akan hon dan
bagi high beam” “Woraaitt
pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat
depan Kelisa putih didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper
Evo 7nye.


dia pun jalanla..dengan slow
dan berhati-hati. Dalam lima kilometer
mamat nie laju le sikit, maklumlah Evo
7 brother….apalagi pakcik tu pun hon
dan bagi high beam la kat mamat tu.
Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba
ada sebuah Porsche 911 datang dari
belakang dan press minyak kat mamat
Evo7, apa lagi bro….jiwa muda pantang
dicabar, dia pun tekan la minyak rapat
nak kejar Porsche 911 nie…lupa la
pulak dia dengan Kelisa putih org tua yg
diikat kat belakang kereta dia. Orang
tua tu punya la hangin satu badan,dia
pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.


Mamat evo7 tu dah tak sedar
dah….angin punya pasal. Tak sampai 2
kilometer di depan ada mamat Polis
bertenggek buat speed trap kat bawah
jambatan. Vrooommm…. bedesup
peginye. “Ini dah lebih speed limit
nie”kate mamat Polis nie. “Mak ai !! ini
dah cecah 250kmj”


Dia pun contact la
kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie…
“Over..over.. over”kate mamat Polis tadi
pada kawannya didepan. “Ada tiga buah
kenderaan memandu melebihi had
laju,sebuah Porsche 911, Mitsubishi
Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap
korang mesti tak percaye punye” kate
mamat Polis. “Kereta ape yang satu lagi
Bro” kate member Polis yg ada di
depan. ? “Kelisa putih beb….tengah
cucuk angin ngan Evo7 tu….siap bagi
hon dan hi beam nak potong !!! pergh…


No comments:

Post a Comment