create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 27 October 2011

Kebaikan Kopi...

aqu jarang minum kopi..
orang cakap minum kopi nie tak brape nak elok..
betul ke kopi nie datangkan banyak keburukan??
tak juge sebenarnye...
sebenarnye ade kebaikan disebalik kopi nie..yang jadi berbahayanya apabile kite mengambil kafein ( bahan dalam kopi ) secara berlebihan..
jom kite tengok kopi ley wat ape kat kite..



1. Kopi selama ini dikhabarkan sebagai minuman yang bergune untuk menambah tenaga dan membuat orang terjaga sepnjang malam. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tak heran setiap minuman kopi dalam jumlah yang wajar, tubuh kita terasa segar, bergairah, daya pikir lebih cepat, tidak mudah lelah atau pun mengantuk.

2. kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak.Tubuh orang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika berolahraga berbanding ngan orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula dlam darah cepat merosot. Inillah sebabnya orang gemuk merasa lapar berlebihan setelah berolahraga dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum 3 cangkir kopi sehari, tubuh orang gemuk membakar lebih banyak lemak . Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga siap pakai . Hal ini mendorong tubuh lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas.

3.BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.



4.Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.

Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

5. mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.

6. kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.

7. kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

No comments:

Post a Comment