create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday 9 November 2011

ada apa dengan air kosong??


 Bahan utama badan manusia.
Badan manusia terdiri lebih kurang 60%, terdiri daripada air. Kebanyakan cairan dalam badan datang daripada sumber air. Badan kita memerlukan lebih kurang 3 liter air untuk menampung keperluan badan. Air diperlukan kerana ia akan membantu jantung untuk berfungsi lebih konsisten. Air juga diperlukan dalam proses nyahtoksik untuk mengeluarkan toksin dan bahan buangan  keluar dari badan kita dalam bentuk urine atau peluh.


 Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

  Pelarut nutrien
Vitamin water soluble B dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga bertindak sebagai medium transport di dalam badan, bertindak sebagai pengangkut dan mengagihkannya ke seleruh badan.


Tiada kalori
Tiada sebab untuk tidak mengambil air kosong ke dalam diet kerana ia salah satu pelengkap nutrisi pemakanan.


 Sumber alkali
Kebanyakan makanan kita makan bersifat asidic. Dengan meminum air kosong, kita dapat meneutralkan sifat asidic dengan sifat alkali air kosong.

Kurangkan risiko kanser
Minum air kosong dapat mengurangkan  risiko kanser usus sebanyak 45% dan mengurangkan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%.


 Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

 Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

No comments:

Post a Comment