create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 3 November 2011

kisah nenek dan ubi!!!

haha, ni aq celup dari persatuan mahasiswa untuk dikongsi bersame. aq bace then ketawa x hingat dunia!!





Situasi sebenar :seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Maskulin : Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati~

Sinar Harian : Nenek dilanggar Beca Rempit!

Nona: Nenek awet muda kini tiada lagi.

Remaja : remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal...

Hot.fm : ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dah ubi...

Sinar.fm : Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi.

999 : dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi...

Bersamamu: liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang...

Aduan Rakyat : Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya...

Edisi Khas : Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar lari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!!

BANG BANG BOOM!! : akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan....

Upin dan Ipin: BETUL, BETUL, BETUL...........

No comments:

Post a Comment