create your own banner at mybannermaker.com!

Monday 7 November 2011

seorang budak dan seekor tapak sulaiman...

Seorang tua berjalan jalan di pantai pada subuh hari. Dia ternampak seorang budak bermain main di di gigi air. Budak tersebut mengutip seekor tapak sulaiman dan mencampakkannya semule ke dalam laut. Si tua berjalan ke arah budak tersebut. Dia bertanyekan kepada budak tersebut mengape dia mencampakkan tapak sulaiman tersebut ke laut. Budak tersebut menjawab bahawa tapak sulaiman tersebut yang terdampar akan mati apabila ditinggalkan begitu sahaja dan kering akibat terkena selaran cahaya matahari.



“ tapi pantai ini panjangnya sebatu dan terdapat amat banyak tapak sulaiman.” Si tua berkata.

“adakah tindakan kamu memberikan perubahan kepada semua?”

Budak tersebut, selepas ditanya, memandang ke arah tapak sulaiman di tangan lalu mencampakkanya ke laut.

“ ia memberikan perubahan kepada yang tadi.” Jawab budak tersebut.

Moralnye: kita x perlu untuk membawa perubahan yang besar dalam dunia kita untuk menyumbangkan sesuatu, lakukan apa yang termampu walaupun usaha kita itu hanyalah kecil dibandingkan dengan yang lain. Walaupun ia kecil tetapi ia mampu memberikan perubahan.

5 comments:

  1. hehe betul (: macam mane pula usaha yang banyak tapi mberi perubahan yang sikit taufiq?

    ReplyDelete
  2. hehe, walaupon sedikit saje perubahan tapi ia tetap perubahan. walaupon sedikit tapi itu lebih baek daripada tdak melakukan sebarang perubahan langsung...x ape, mungkin Allah belum lagi " bayar " kat kite setimpal ngan ape kite usehe, mungkin sebab Dia nk kita lebih dekat ngan Dia and suh kite tingkatkan usehe kite, never give up!!

    ReplyDelete
  3. oh hehe kiranya lepas ney kena terus kan usaha sampai berjaya? walaupun sikit je perubahan, lame lame perubahan tue akan jadi yang kita nak kan, macam tue?

    ReplyDelete
  4. yup, huhu, effort is continuous but when success is achieved, satisfaction feels like the sweetest thing in the world =)

    ReplyDelete