create your own banner at mybannermaker.com!

Monday 21 November 2011

semuanya percuma!!!

Minta maaf sebab dah lame x update blog...dah berabuk dah blog nie..hehehe..memandangkan aq asyik teringat mak aq kat umah..ini ade cerita yang best untuk dikongsi bersame...


Seorang budak kecil  datang kepada ibunya yang berada di dapur, sedang menyiapkan minum malam. Si anak tersebut pergi kepada ibunye dan menyerahkan sekeping kertas. Si ibu lantas mengeringkan tangannya dengan apron lalu membaca nota si anak dalam keadaan tertanya tanya. 

Inilah ape yang si anak tulis :  

Mencabut rumput di halaman rumah : RM5
Membersihkan bilik sendiri minggu ini : RM1
Pergi ke kedai membeli barang : RM 0.50
Menjaga adik kecil ketika ibu pergi ke kedai : RM0.50
Membuang sampah : RM1
Mendapat keputusan yang baik dalam ujian : RM5
Membersihkan halaman rumah : RM2
Jumlah semua : Rm 15

Si ibu memandang anaknya yang berdiri sambil merenung kearahnya semula. Tiba tiba si anak terasa seolah olah seluruh memorinya terpancar di depan ibunya. Si ibu mengambil sebatang pen, menoleh lalu menulis sesuatu di atas kertas tadi.

Si ibu menulis :

Selama sembilan bulan ibu menjaga kamu dalam kandungan : percuma
Setiap malam ibu menjaga kamu dan berdoa untuk kamu : percuma
Masa2 yang meletihkan dan air mata ibu yang jatuh kerana kamu : percuma
Dimasa kamu ketakutan dan menjaga kamu pabila bahaya yang mungkin tiba : percuma
Untuk makanan, mainan dan mengelap hingusmu ketika sakit : percuma
Anakku, sayang ibu terhadap kamu : percuma


Apabila si anak membaca tulisan si ibu, air mata mula bergenang di mata si anak, lalu si anak mengucapkan “ ibu, saya semestinya sayang ibu “. Si anak menulis semula di atas kertas tersebut : “ TELAH DIBAYAR SEPENUHNYA “.

Moralnya , ibu kita telah bersusah payah membesarkan dan mendidik kita. Adalah menjadi tanggungjawab kite untuk membahagiakan mereka dan juga membalas semula jasa mereka. Aishhh..teringat plak mak kat umah. To my mom : “ adik sayang mak!! “ ^_^

No comments:

Post a Comment