create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday 3 November 2011

kisah pembaca yang kesunyian...

aq ade terbace satu kisah yang terkandung dalam buku yang menarik berjudul “ Everyday Greatness – Inspiration of a meaningful life”. Buku nie amatlah special sebab mengandungi  pelbagai kisah yang memberi inspirasi kat kite sume...

aq amat tertarik kat satu kisah, simple je crite dye..tapi memang cukup mendalam maksud yang nk disampaikan: kisah Billy Graham dan pembacanya yang kesunyian. Camni critenye...



Billy Graham(penulis)  meneliti surat2  yang die dapat daripada pembaca pembacanya. Dalam satu surat dia, seorang perempuan menyatakan kesunyiannya yang datang dalam hidup tatkala anak2 sudah besar dan meninggalkan rumah. Billy membalas: “ sebelum2 ini keluarga awak memerlukan kebanyakan masa dan kekuatan kamu. Sekarang, kamu boleh memperluaskan lagi kasih sayang kamu. Terdapat anak2 di kawasan kejiranan kamu yang perlukan kefahaman memahami dunia dan persahabatan. Terdapat orang yang telah berumur berdekatan yang memerlukan teman untuk berbicara, orang buta yang tak boleh menonton tv yg dalam kebosanan. Apa kata kamu keluar di sana dan curahkan kebahagiaan dengan menolong orang lain?? ”. berminggu selepas itu, perempuan itu menulis semula kepada Bily:  “ saye telah ikut ape yang awak sarankan. Ia berkesan! Hari saye berubah dari hari yg malap menjadi hari yang ceria!! ”

Moral dlm crite nie: jgan apabile kite kehilangan orang yg disayangi terutamanya ahli keluarga, kite merasakan kekosongan terbntuk dalam dri kite. Cube penuhi kekosongan itu dengan menolong orang lain tdak kira sesiapepun. Dengan menolong orang lain, kekosongan tersebut lenyap kerana kite dengan rasa “selfless” memberikan kebahagian kepade orang lain dan pada yg sama kite juga turut merasakan kebahagian tersebut! Ramai lagi di luar sana yang mungkin kite tdak kenal tetapi amat memerlukan kite. Buang rase sunyi kerana ramai memerlukan anda  dan anda juge memerlukan mereka!!


No comments:

Post a Comment