Huhu, aq nk kongsikan kisah yang amat best dan boleh jadi panduan kepada sesape yang dalam perhubungan tak kisah la pasangan kekasih ataupun yang sudah mendirikan “masjid”. Kisah nie aq adaptasi dari buku aq bace – “ Everyday Greatness-inspiration of a meaningful life” and kepade sesape yang bace story nie tolong share kepada yang lain agar kite blajar sesuatu dalam hidup kita =)
“Saya” dalam kisah ini ialah Tom Anderson, pengarah di firma pelaburan Wall Street.
“Saya telah bersumpah pada diri saya ketika menuju ke rumah percutian kami di pantai. Selama 2 minggu saya akan cuba untuk menjadi suami dan bapa yang penyayang. Semuanya tentang kasih sayang. Tiada ‘jika’, tiada ‘tapi’.
Idea ini datang apabile saya mendengar pita rakaman di dalam kereta saya. Di dalam rakaman tersebut, terdapat potongan dari kitab Injil tentang suami yang memberi kasih sayang dan perhatian kepada sang isteri. Ia berbunyi “kasih sayang adalah keinginan dan niat. Seseorang boleh memilih untuk menyayangi.” Kepada diri saye sendiri, saye telah menjadi seorang suami yang mementingkan diri. Cinta antara kami ditumpulkan dengan sikap tidak peka dan “insensitive” . kebiasaannya saye, kepade Evelyn : saye selalu bertengkar dengannya tentang rancangan TV yang saye ingin tonton, membuang suratkhabar lama walaupon saye tahu Evelyn masih mahu membacenye. Jadi, untuk 2 minggu ini semua itu akan berubah.
Dan ia berubah. Saat saya cium Evelyn di pintu sebelum ke tempat kerja , saya berkata : “ awak kelihatan cantik pakai sweater kuning baru tue =)”
“ awak perasan ??”, katanya sambil tersenyum sipu. Mungkin sedikit kekok.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas memandu lama, saya mahu untuk duduk dan membaca sahaja. Evelyn mengajak saya untuk berjalan jalan di tepi pantai. Pada mulanya saye ingin menolak, tetapi saye terfikir, Evelyn telah meluangkan masa berseorangan dengan anak2. Dan mungkin sekarang dia mahu berseorangan dengan saye pula. Saya berjalan dengannya dan anak saya pula bermain layang2.
Jadi ia pon berlaku. 2 minggu saye tidak menghubungi firma pelaburan Wall Street yang mana saya seorang pengarah; saya pergi ke muzium cengkerang dengannya, walaupon saya bencikan muzium ( tapi saya mula sukakannya! ) , menahan kesabaran saya apabila Evelyn betul2 lambat ketika bersiap untuk makan malam istimewa. Tenang dan bahagia, begitulah keadaan percutian kami. Saya membuat azam baru supaya memilih kasih sayang.
Pada malam terakhir di rumah percutian kami, kami bersiap siap untuk tidur, tiba2 Evelyn memandang saya dengan raut muka yang sedih.
“ mengapa sayang? “ saya bertanya.
“ Tom” dia berkata, dengan suara sayu, “ awak tahu sesuatu yang saye tak tahu??”
“ saya...pergi melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa minggu lalu..doktor kita..ada dia beritahu apa2 dekat awak tentang saya? Tom, awak begitu baik dengan saya......adakah saya akan mati??”
Saya terkedu seketika. Kemudian saya tergelak besar.
“ tak lah sayang!” sambil membaluti Evelyn didalam pelukan, “ you’re not dying sweetheart, i’m starting to live!”
"awak takkan mati sayang, saya baru sahaja hidup!"
"awak takkan mati sayang, saya baru sahaja hidup!"
Moral: beri perhatian kepada orang yang kita sayangi. Ketepikan ego dan cube beri keutamaan dalam memberikan kasih sayang. Bukan sahaja anda menyinari hidup orang lain, anda juga memberi nafas baru ke dalam hidup anda sendiri! Renung2kan =)
No comments:
Post a Comment